Monday, October 03, 2005

Meniti Akhir Sya'ban, Menggamit Panggil Ramadhan.....

Setelah lama larahati memendam rasa, baru hari ini diberi kekuatan untuk menulis..tak perlu menyalahkan masa yang sememangnya secara fitrah diberi 24 jam seperedaran lengkap bulan dan matahari.Cuma aku yang terlalu banyak menghabiskan masaku untuk segala-galanya yang beredar di sekelilingku, sehingga tak terkejar matahari yang pantas berlari ke barat sebelum menjenguk di timur keesokkannya..tak pe sekurang-kurangya aku berkesempatan untuk menulis hari ini..alhamdulillah..

Bila dah terlalu lama berkepuk, sampai tak tahu yang mana perlu dicerita. Kerja?..macam biasa..nilah penyebab utama larahati senyap sunyi. kesibukan memaksimakan pergerakan larahati kesayanganku.bila nak hujung tahun semua benda nak kena accomplish..hmmm tak cukup tangan dibuatnya..:-(
Sahabat?..lama tak jumpa sab, zaza dan yam (baru je pindah kl). dee, last 2 weeks ada datang opis tu pun nasib baik sempat jumpa sebab dia ada meeting kat sini. last berita sab dengan kisah kebakaran dan terkehelnya, yam sibuk temankan sab beli piala musabaqahnya, dee dengan nak renew road taxnya, zaza balik kampung g padang besar shopping
'souvenier' for my coming big day...ishk..rindu plak kat dia orang lagi-lagi nak bulan puasa nie..terkenang2 sambal ikan bilis ngan roti coklat (makanan asasi orang yang ada dapur tapi tak ada tong gas)hi..hi..ex-roomate ku je yang paham..:-)

Bila cakap pasal Ramadhan ni..aku benar-benar rasa syahdu.Aku rindu benar dengan Ramadhan. Ramadhanlah banyak mengajar aku.Aku bersyukur kerana insya-Allah, Allah memberi ku peluang untuk kesekian kali mengejar keampunan-Nya, mensyukuri rahmat-Nya dan berusaha mengetuk pintu rahmat Tuhan supaya aku tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi. Ya Allah! beri aku kekuatan seperti seribu orang mukmin..

Tinggi benar doaku..walaupun secara hakikat aku jauh tidak layak untuk itu...

Thursday, July 28, 2005

Cerita Semalam..

Aku terlalu sibuk dengan dunia di sekitarku sehingga tak memberi masa untuk blog aku bercerita..Apa pun, biar aku selitkan saat-saat pantas yang berlalu yang hampir-hampir meninggalkan aku di belakang;

22nd ~ Aku berkursus. GOE-EGDMS. sistem dalaman di opis aku..sistem messaging, meeting mgt, assgnment.semuanya on-line. bagus dan efficient kalau mentality usernya sebagus hardware di depan mata...

23rd and 24th ~ Paling best. Aku balik kampung. dapat lepaskan rindu pada mak. Walau pun aku sampai dalam pukul 12.50 mlm tapi mak tetap tunggu aku sedangkan yang lain dah senyap sunyi. Alhamdulillah semuanya baik. Cuma batuk abah masih belum mereda. Tapi masih ada masa mencari durian yang paling baik untuk aku..(abah je yang tau aku suka durian cam mana). Nur Qistina Balqis, anak saudaraku yang baru 26 hari menjengah dunia, sudah semakin membesar dan aku paling geram melihat lesung pipitnya yang cantik terlekuk. Rasa puas dapat mengusik Wawa bila mak bercerita macam mana dia merajuk dengan abang Uda..Masih tergambar lagi aku macam mana riuhnya mak aku menjadi orang tengah sewaktu kami adik beradik berebut TV malam Sabtu tu. (kita orang nak tengok AF3, abng uda ngan abang long nak tengok bola) Tapi yang pasti kami tetap menang sebab mak memang nak tengok Mawi pun. Lebih baik jadi abah. NAM (berkecuali) hi..hi...Rindunya!!!!

25 hb dan hari-hari seterusnya aku mula sibuk balik dengan urusan dunia. Harap-harap apa yang aku sibukkan di dunia ni, boleh jadi bekal aku di akhirat. Itu doaku yang tak pernah putus..

Wednesday, July 20, 2005

Tenang Yang Indah..

Diriwayatkan, pada suatu ketika datang seseorang kepada sahabat bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat. Katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak enak, tidur tidak nyenyak."Maka Ibnu Mas'ud berkata: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau bersunyi-sunyi menyembah Allah, umpama pada waktu tengah malam buta, pada saat orang sedang nyenyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. “Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu."

Tuesday, July 19, 2005

Bezanya Aku dan Dia

aku: awak, saya dah ada blog..
dia: blog tu apa?
aku : ala..on-line journal
dia: nak buat apa dengan blog tu..
aku: jadi platform nak mencurah perasaan..
dia : kenapa? selama ni tak de ke sesiapa nak bercerita?
aku :bukan..bukan macam tu.kadang2 tak semua cerita boleh dicerita pada semua orang..bukan tak boleh..orang tak faham..kena guna approach lain..
dia: kalau macam tu, blog ni lagi bahaya.cerita awak satu dunia boleh tahu..
aku : dia orang tak tahu pun sape saya, tak pelah saya bercerita.sekurang2nya saya rasa lega..
dia : buang masa je..

saat dia berkata buang masa, lidahku jadi mati. tak mampu nak bercerita.aku baru berniat nak mengajak dia singgah di blog aku, sekurang2nya dia boleh tahu cerita Mak yang tak mampu aku ceritakan dengan dia..

sebenarnya, terlalu banyak perbezaan aku dengan dia. aku masih mencari titik temu yang menakdirkan aku dan dia..

Monday, July 18, 2005

Untuk Satu Permulaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan sesuatu yang seharusnya dimulakan seawal dahulu. Kalau bukan sokongan dari Cik Zaza ngan Cik Dory, *larahati* hanya akan tertulis dalam mimpi, tersimpan dalam hati..tapi alhamdulillah berjaya juga aku..

Biarlah aku mulakan dengan cerita semalam..Semalam seharian aku menghabiskan waktu dengan x-housemates, kak ban ngan zz. banyak yang dikongsi cerita; dari jepun sampailah cerita cinta K**, dikongsi makan (nasi lemak+sambal bilis telur sab's special), dikongsi rasa lenguh kaki berjalan(IKEA-cik dory sorang je g 'the curve').cukup untuk melengkapkan satu hari yang gembira buat aku. Terima kasih kawan2. Aku berdoa pada Tuhan agar kegembiraan ini akan kekal milik aku dan mereka..Amin

Itu kisah semalam..Hari ini ceritaku berpelangi.Pagi Isnin aku bangun dengan sedutan nafas syukur pada Tuhan dengan nada penuh semangat.My to do list di mindaku cukup cantik terlakar untuk disudahkan. Tiba2 rinduku pada mak datang lalu mematikan agendaku. Bila suara Mak terdengar, jelas mak terlihat keuzurannya walaupun bersusah payah mak menutup.Mak mengadu malam tadi dadanya sakit, walaupun lepas tu cepat2 dia katakan yang dia dah sihat, dah makan ubat.Bimbang benar risau anaknya bersarang. Aku rasakan macam mahu terbang bersama di sisi mak.Minggu lalu masa aku pulang menjenguk, memang sakitnya datang, tapi sedikit terkawal mungkin kehadiran anak-anaknya jadi pengubat. Sebelum cerita habis di situ, dengan mata berkaca, sempat aku berpesan agar mak jaga diri baik2, makan ubat.Mak sememangnya tahu aku pun tak berapa sihat, lalu mak sempat berpesan pesanan yang sama buat aku.Sejurus aku letak telefon, SMS abang uda aku terima."Mak sejak akhir2 ni selalu sakit". ringkas. Abang uda yang sememangnya menjaga mak dan abah kat kampung sebelum ini tak pernah menzahirkan rasa risaunya tentang mak.Semuanya dikatakan beres. Tapi kali ini aku tahu abangku benar2 risau.Dan dengan deras mata yang tadi berkaca mengalir. Kerisauan abangku sebenarnya menggoncang resahku dan makin menggandakan rinduku.Aku hanya mampu menitip pesan menjaga mak baik2. adik jauh.Tanpa segan silu aku sekali lagi aku berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mak meneruskan kehidupan.

Baru setengah hari berlalu, macam-macam yang ku pinta dari-Mu. aku perlu berhenti di sini.kalau tidak aku terus meminta tanpa malu..